Sunday, 24 July 2011

anemia

Anaemia
Pengenalan
Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang
membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini
dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia
biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras
Haemoglobin yang normal adalah diantara 11. 5 hingga 16.5g/dL untuk
perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.
Sebab-sebab anaemia
1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
o Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa
kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.
Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya
memerlukan gentian darah.
o Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang
berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
Ini mungkin disebabkan oleh :
o Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan
erythropoietin.
Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan
keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi
setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
o Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
o Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
o Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
o Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan
Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
o Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
o Talasemia Tanda-tanda dan gejala
Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.
Gejala-gejala termasuk:
• Keletihan setiap masa
• Pening
• Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
• Kulit pucat
• Kadar denyutan jantung yang cepat
• Kurang daya ingatan
• Kurang berat badan
Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
• Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
• Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan
janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.
Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak
boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
• Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan
khusus perlu dilakukan.
• Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan
seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Sila
lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.
Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
• Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk
membantu penyerapan zat besi.
• Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat. Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan
Makanan Saiz Hidangan Zat Besi
(mg)
Hati, Ayam 2 keping,105g 12.8
Peha ayam 1 ketul kecil,125g 1.0
Daging lembu tanpa lemak 1 keping,268g 5.9
Hati, Lembu 1 keping,283g 11.1
Tuna 1 ketul,73g 1.1
Kerang 10 Biji,86g 2.0
paru ½ Cawan,2g 7.7
Oats di proses ½ cawan 1.8
Tauhu 1 keping,107g 3.4
Kacang 1 cawan,154g 4.5
Bayam 1 cawan dicincang,64g 2.4
Kismis 39g, ¼ cawan 1.4
Roti 1 keping,25g 0.8
Nasi 128g 0.3
Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4
th
Edition. Institute for M

No comments:

Post a Comment